05 March 2009

Selamat Tinggal langitillahi.blogspot.com



Assalamu’alaikum.

Apa khabar semua?

Saya berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat keimanan dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Baca tajuk di atas?

Adakah saya hendak menggantung pena?

Tidak.

Malah saya hendak melangkah dengan lebih jauh, teratur dan kemas.

Satu peristiwa telah berlaku, dan penyusunan ALLAH SWT juga adalah yang terbaik.

ALLAH benar dengan firmanNya...

" Dan ingatlah ketika RABB kamu memaklumkan, sekiranya kamu bersyukur maka AKU akan tambahkan untuk kamu(nikmat kamu)...."

Justeru, suka cita dimaklumkan, bahawa saya kini sudah mempunyai website tersendiri.

InsyaALLAH, kini dengan lafaz bismillah, saya menjemput semua pelawat blog saya untuk kita sama-sama memulakan perjalanan baru, di website saya yang bernama Langit Ilahi.

Alamat website itu adalah, mudah sahaja...

langitilahi.com

Temanya masih sama, iaitu Mari Menjadi HAMBA.

Website Langit Ilahi ini, banyak kelebihannya berbanding blog Langit Illahi sekarang. Antaranya, akan ada ruangan forum. Maka untuk anda yang ingin berkongsi masalah, menimbulkan persoalan, atau ingin meminta bantuan, maka boleh luahkan di situ. Blog itu juga akan ada kelebihan mendownload bahan-bahan. Saya akan sediakan bahan-bahan fikrah untuk anda download dan jadikan simpanan bacaan di rumah. Blog itu juga akan menyediakan video-video klip menarik, sama ada berkenaan dengan saya, mahupun berkenaan dengan penasyid-penasyid, atau video klip yang memberikan makna sesuai dengan tema Langit Ilahi, Mari Menjadi Hamba.

Untuk masa ini, mungkin hiasan website itu masih belum cantik dan kemas sangat. Isinya juga, macam saya kata, video dan sebagainya, masih belum ada apa-apa lagi. InsyaALLAH, dari masa ke semasa, saya akan tambah bahan di dalamnya, dan mendaki sedikit demi sedikit. Sahabat saya Ihsan Berahim juga akan mengupgradekannya menjadi lebih kemas dari masa ke semasa. Macam blog Langit Illahi juga, awal-awal dulu pun tak lah ada isi apa-apa, tidaklah sekemas mana.

Apa pula yang akan terjadi kepada blog Langit Illahi?

Blog ini akan dibiarkan begini untuk beberapa waktu, dengan post ini sebagai post terakhir. Sampai masa, bila saya siap meletakkan semua artikel saya ini di dalam komputer saya, maka saya akan memadamkan blog ini. Untuk pengetahuan anda, semua artikel tazkirah di dalam blog ini akan dipadam terus dan tidak akan disiarkan semula kerana buku motivasi saya hampir keluar di pasaran dalam masa terdekat ini.

Setakat ini sahaja perkongsian kita di Blog Langit Illahi. Selepas ini, kita akan beralih ke tapak baru, Website LangitIlahi.com untuk terus sama-sama duduk sebentar, muhasabah diri, beriman dan mengoreksi diri kita untuk menjadi hamba kepada ALLAH SWT.

Saya berharap, kalian teruslah melayangkan doa kepada saya, doa-doa kalianlah yang memapah saya dalam perjalanan hidup yang penuh mencabar ini, dan menemani saya dalam mempertingkatkan potensi diri. Marilah kita bersama-sama saling lengkap melengkapi. Sama-sama kita bergerak untuk menjadi hamba ILAHI.

Semoga ALLAH redha dengan kita semua...

Saya sayang kalian kerana ALLAH...



~Salam sayang daripada saudara kalian ini...

Hilal Asyraf



ps: buat masa ini, saya masih suka mengulang-ulang kata-kata saya...

" Melakar langit sejarah, membina awan impi, bila aku menjejak, maka ia akan menjadi pasti"